Harapan buat bakal pemilik

Saya sangat menyayangi kucing saya. Tujuan saya mengadopt kucing saya adalah dengan harapan bahawa kucing saya akan mendapat kasih sayang dan perhatian yang lebih dari pemilik barunya. Disebabkan kesibukan tugas saya, kadang-kala saya tak dapat nak bersama dengannya selalu. Jadi, dengan adoption, saya memberi peluang pada ia untuk merasai kebahagiaan yang lebih lagi dari bersama dengan saya.

Harapan saya untuk bakal pemilik adalah memelihara kucing dalam rumah sahaja sebab seperti yang saya dah nyatakan di entri yang sebelum ni, kucing di luar mudah terjangkit penyakit yang kadang-kala boleh mengakibatkan kematian. Sayangilah ia dan ia akan menyayangi anda tanpa syarat!