Blog adopt-a-kucing

Tujuan blog ni dihasilkan ialah untuk berkongsi cerita tentang kucing mengikut pengalaman saya. Saya bukan breeder atau ada pengetahuan perubatan. Tapi saya menulis sendiri ikut apa yang saya dah lalui dan apa yang saya dah buat untuk selesaikan masalah kucing ni. Lain orang, lain caranya. Segala yang saya tulis adalah berdasarkan pendapat saya, lain orang lain caranya. Ada juga mungkin tindakan yang berbeza dari apa yang saya cadangkan boleh menyelesaikan masalah yang sama. Apa-apa pun, terpulang kepada individu itu sendiri. Saya cuma berharap pengalaman saya ini boleh sedikit sebanyak membantu pemilik kucing yang lain di luar sana. Saya pun banyak belajar dari pengalaman orang lain sama ada dari penulisan atau dari rancangan TV. Jadi saya gunakan ilmu ni untuk digunakan atas kucing saya.

Selain dari berkongsi pengalaman, blog ni juga untuk kucing-kucing saya yang boleh diadopt. Sebelum adoption, kucing ni akan divaksin dan dideworm terlebih dahulu. Anak kucing hanya boleh diadopt selepas berumur 3 bulan supaya ia cukup menyusu dengan ibunya. Susu ibu sangat penting untuk meningkatkan sistem imun badan anak kucing supaya ia tak mudah jatuh sakit. Semua kucing saya adalah bebas dari kutu, sihat dan aktif.



Bagi saya, memiliki kucing memang sangat berbaloi. Walaupun dibebani dengan tanggungjawab menjaganya, saya sangat menyayangi semua kucing saya seperti anak saya sendiri. Bukan setakat kucing baka, tapi saya juga sayangkan kucing terbiar dan memilih untuk menyelamatkannya kerana ia telah menyelamatkan saya. Bila satu ketika dulu, doktor mengesahkan saya menghidap sejenis penyakit yang membawa pada pembedahan, saya sembuh dengan cepat bila saya mula fokus pada kucing. Seolah-olah satu bentuk terapi, telatahnya yang lucu buat saya terlupa seketika dengan masalah dan tekanan hidup.