Salah satu punca kucing berkutu
datang dari jangkitan luar rumah. Bila kucing tu berjalan di luar, ia mungkin
terdedah dengan jangkitan. Masalah kutu bagi saya masalah yang agak besar.
Sebabnya, ia mudah berjangkit dengan kucing lain dalam rumah kalau kita bela
lebih dari seekor kucing. Tanda ketara kucing terkena kutu ni selain dari
bergaru, ialah ada kotoran berwarna hitam pada bulu kucing macam tahi lalat
kalau sekali pandang. Ini dinamakan flea dirt. Di celah-celah bulu tu juga
boleh nampak serangga rupa macam lalat kecil bergerak ke seluruh badan. Kutu tu
bukan je buat kucing tak selesa asyik bergaru, tapi ia boleh menetaskan cacing
ke dalam badan kucing kita yang buatkan kucing kurus dan cirit-birit. Tak cukup
lagi, yang lebih teruk, bukan kucing je yang kena gigit, tapi dengan pemiliknya
sama asyik bergaru. Tapi untuk manusia, kutu takkan berjangkit di kepala sebab
bukan spesis kutu tu. Ia cuma menggigit di seluruh badan je. Gigitan kutu tu sangat gatal. Kawasan yang
kena gigitan tu merah dan bengkak. Selagi tak hilang merah tu selagi tulah tak
hilang gatalnya.
Ok, jadi bila perasan je yang
kucing ada kutu, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. Pertama, beli ubat
kutu. Ubat kutu ni ada dijual di kedai pet dan di Internet. Bolehlah cari harga
yang berpatutan. Ada 2 jenis, yang guna spray atau yang titis di belakang badan
kucing (spot-on). Guna ikut usia kucing. Seingat saya, kalau dah 3 bulan ke
atas boleh guna yang titis tu. Yang spray tu, kena spray dan gosok ke seluruh
badan. Ikut kata vet, tak apa kalau kucing jilat badannya sebab ubat tu untuk
lumpuhkan kutu. Bila dah spray atau titis, jangan mandikan kucing. Ikut je
arahan pada ubat tu.
Ubat kutu spray dan titis
Untuk check samada berkesan atau
tak, boleh guna sikat kutu khusus untuk pet. Kalau ada kotoran hitam dan yang
bergerak-gerak di celah-celah bulu tu maksudnya ada lagi. Kena juga bersihkan
langsir atau apa juga tempat yang kutu tu boleh berhinggap. Guna vakum sebab ia
boleh sedut semua telur kutu yang jatuh dari badan kucing. Nanti boleh nampak
kutu tu melompat-lompat atas lantai dan kalau nak hapuskan ia guna air sabun
atau apa-apa yang beralkohol. Dengan air sabun ni kutu tu terus tak bergerak
lagi.
Ikut pengalaman saya dah lama dulu,
saya guna Frontline. Mula-mula guna spray tapi tak berkesan. Lepas tu, guna yang
titik tu. Berkesan dengan sangat cepat. Tapi kena juga vakum rumah hari-hari
untuk pastikan rumah bebas dari kutu. Tempat favourite kutu ni selain langsir,
ialah karpet atau apa-apa benda fabrik macam sofa contohnya.
Untuk hilangkan gatal badan kita
pulak, guna calamine lotion. Yang biasanya guna untuk bayi kalau ada ruam
lampin. Pilihlah yang cecairnya pekat dan berangin. Boleh hilangkan rasa gatal
tu dan boleh kurangkan bengkak.
Pengalaman saya dengan kutu kucing
ni dulu bila saya mula-mula adopt kucing dari individu yang mengiklankan kucingnya
di Internet. Dahlah harganya agak tinggi, ada kutu pulak. Maksud saya, bukan
semua orang buat macam ni. Ada juga kucing yang dijual berkualiti. Tapi, satu
yang berkutu tu akan beri masalah pada semua yang lain. Bayangkan kalau kita
yang jadi pembeli, dahlah mahal lepas tu sakit pulak. Dahlah habis duit dengan
membeli, habis duit dengan merawat pulak. Dah tentulah rasa tak berbaloi kan.
Kalau nak jual pun, pastikan dulu kucing tu sihat, sekurang-kurangnya bebas
kutu. Saya pastikan kucing-kucing saya divaksin dan dideworm sebelum diadopt.
Yang penting kualiti bukan soal duit je. Biar kucing tu membahagiakan pemilik
barunya bukan menyusahkan.
Mencegah lebih baik dari mengubat. Untuk elak kutu, kucing elok letak dalam rumah je. Jangan biarkan ia merayau di luar sebab tak tahu apa yang ia bawa masuk dalam rumah kita nanti. Memanglah kalau letak kat luar ni, jimat kos tak payah beli pasir dan tak payah kena kerja bersihkan najis dari kotaknya. Tapi bila dah kena ni, lagi susah. Lagipun bukan setakat kena kutu je, banyak lagi penyakit berjangkit yang lain yang boleh sebabkan kematian hanya dengan minum dari bekas air minuman kucing lain yang tak dikenali.
Mencegah lebih baik dari mengubat. Untuk elak kutu, kucing elok letak dalam rumah je. Jangan biarkan ia merayau di luar sebab tak tahu apa yang ia bawa masuk dalam rumah kita nanti. Memanglah kalau letak kat luar ni, jimat kos tak payah beli pasir dan tak payah kena kerja bersihkan najis dari kotaknya. Tapi bila dah kena ni, lagi susah. Lagipun bukan setakat kena kutu je, banyak lagi penyakit berjangkit yang lain yang boleh sebabkan kematian hanya dengan minum dari bekas air minuman kucing lain yang tak dikenali.